Bagaimana Membalas WhatsApp, Telegram, LINE Dan SMS Dengan Mudah Melalui Desktop?

Bagaimana Membalas WhatsApp, Telegram, LINE Dan SMS Dengan Mudah Melalui Desktop?

Diterbitkan pada Feb 18, 2015 oleh .

Bagi kebanyakkan pengguna, anda mungkin ingin membalas terus mesej yang diterima daripada WhatsApp, Telegram mahupun SMS terus pada desktop atau komputer tanpa ingin membuka telefon pintar mereka. Kini, perkara tersebut boleh dilakukan dengan mudah menggunakan aplikasi Pushbullet.

Pushbullet merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan anda menghantar notifikasi daripada telefon atau tablet kepada komputer. Ia beroperasi dengan memerlukan anda memasang aplikasi khusus pada telefon pintar, selain turut memasang sebuah pemalam pada Chrome.

Pushbullet SMS

Muat-Turun Pushbullet untuk Android

Muat-Turun Pushbullet untuk Chrome

Selepas anda memasangnya, anda akan diperlukan untuk log masuk menggunakan akaun Google anda. Selesai sahaja menetapkannya, anda akan menerima pelbagai notifikasi daripada aplikasi di Android terus pada desktop anda.

Namun, untuk aplikasi permesejan, anda akan menerima pilihan tambahan, yang mana anda boleh “Reply” terus daripada desktop.

Dengan klik pada Reply, anda boleh membalas terus mesej yang diterima, dan ia akan dihantar terus melalui telefon pintar anda, tanpa memerlukan anda membuka dan menaip ia pada telefon pintar.

WhatsApp Reply

Buat masa ini, fungsi ini beroperasi untuk aplikasi WhatsApp, Telegram, Google Hangouts, Facebook Messenger dan juga LINE. Pengguna turut boleh membalas SMS menggunakan fungsi sama.

Bagi anda yang menghabiskan sejumlah masa dihadapan komputer anda, mungkin fungsi ini amat berguna untuk anda. Anda boleh memuat-turun Pushbullet ini dan memudahkan lagi anda membalas mesej daripada pelbagai aplikasi dengan desktop anda.


TIPS & ULASAN