Hello Barbie : Patung Pintar Kini Boleh Berinteraksi Seperti Siri

Hello Barbie : Patung Pintar Kini Boleh Berinteraksi Seperti Siri

Diterbitkan pada Feb 18, 2015 oleh .

hello-barbiePatung mainan Barbie sudah dijual sejak 1959. Mainan rekaan Ruth Handler ini dikatakan sudah terjual sebanyak 1 billion unit dan dijual di 150 buah negara. Pelbagai variasi Barbie dijual dan rekaannya juga diubah mengikut kemahuan pengguna. Di New York Toy Fair yang berlangsung sekarang Mattel memperlihatkan patung Barbie pintar Hello Barbie. Patung ini mempunyai kemampuan bercakap dengan pemiliknya dengan menggunakan teknologi Pullstring. Hello Barbie ini mempunyai pangkalan data yang membolehkannya menjadi teman kepada anak anda dengan memberi nasihat kerjaya dan berlawak. Ia juga boleh disambungkan kepada WiFi untuk mendapat kemasan perisian terkini. Mattel berharap dengan kemasan perisian Hello Barbie boleh berinteraksi secara semula jadi seperti Siri dan Cortana. Hello Barbie dijangka memasuki pasaran musim luruh akan datang dengan harga $74 sebuah. Pemintaran permainan semakin giat nampaknya. Hanya beberapa hari yang lalau Google bekerjasama juga dengan Mattel bagi menghasilkan Viewmaster realiti maya. Apakah mainan lain yang perlu dipintarkan pada pendapat anda?


TIPS & ULASAN