Pemain Media VLC 3.0 Bakal Mengintegrasikan Sokongan Chromecast

Pemain Media VLC 3.0 Bakal Mengintegrasikan Sokongan Chromecast

Diterbitkan pada Feb 18, 2015 oleh .

Chromecast boleh dikatakan masih kurang popular di Malaysia. Ia merupakan salah satu dongle yang disediakan pihak Google untuk dihubungkan ke televisyen, seterusnya membolehkan pengguna strim akan kandungan daripada pelbagai peranti termasuk telefon pintar dengan mudah.

Beberapa aplikasi sedia mengintegrasikan sokongan Chromecast dalam memudahkan pengguna mengikuti kandungan pada skrin besar, dan kini dilihat VLC turut bakal mengintegrasikan sokongan tersebut.

Perkara ini diketahui melalui changelog yang diterbitkan oleh VideoLan, memperlihatkan VLC 3.0 kelak akan mengintegrasikan sokongan output ke Chromecast.

Fungsi ini semestinya diminati ramai memandangkan ia akan memudahkan pengguna memainkan video kegemaran mereka terus kaca televisyen. Ia tidak diketahui lagi bilakah VLC 3.0 akan dilancarkan, tetapi dengan perkembangan ini, semestinya ia sesuatu yang dinantikan ramai.


TIPS & ULASAN