Asus mempunyai sejumlah penawaran dibawah nama Fonepad 7, dan hari ini mereka menambah satu lagi model baru dengan nombor kod FE375CL. Seperti tablet sebelum ini, Fonepad 7 ini turut hadir dengan sokongan panggilan suara, dan turut dilengkapi dengan sokongan rangkaian 4G LTE.
Asus Fonepad 7 (FE375CL) ini hadir dengan skrin 7-inci (1280×800 pixel), cip pemprosesan Intel Atom Z3530 1.3Ghz, memori 2GB RAM, dan ruangan storan dalam pilihan 8GB dan 16GB.
Dari segi rekabentuk, ia menyerupai Asus Fonepad 7 sedia ada, dan turut dilengkapi kamera belakang 5-megapixel, serta kamera hadapan 2-megapixel. Pengguna turut boleh memperluaskan ruangan storan pada peranti dengan menggunakan kad mikro-SD.
Asus akan menjual tablet dengan sokongan telefoni ini di Taiwan terlebih dahulu, dan mungkin akan diperluaskan ke negara-negara lain dalam masa bulan-bulan akan datang.