Carian
Pilih Jenis Tulisan Dengan Mudah Menggunakan Wordmark
February 18, 2015 Ikhwan Nazri

Pemilihan jenis tipografi tulisan terhadap sesuatu jenama mungkin nampak remeh namun hakikatnya ia mempengaruhi perasaan mereka yang melihat pada tulisan tersebut. Sekiranya anda pelajar dalam bidang seni dan kreatif, sudah tentu anda mendalami seni tipografi, yang mana bentuk, ketebalan, dan lirik tulisan memberikan makna serta perasaan buat sesuatu penjenamaan.

wordmark it interface-2

Sekiranya menggunakan cara biasa, kita mungkin perlu membuka Microsoft Word atau Adobe Photoshop untuk memperlihatkan tulisan tersebut dan memilihnya secara manual. Melalui laman web Wordmark.it, anda hanya perlu mengisikan nama atau tulisan yang bakal dijenamakan dan laman web tersebut akan menjana tulisan tersebut berdasarkan jenis font yang terkandung pada komputer anda. Anda juga boleh menyenarai pendek jenis font yang digemari, melihat tulisan tersebut pada situasi latarbelakang putih dan hitam, memilih sama ada kesemuanya berhuruf besar atau kecil, dan juga memilih saiz font tersebut.

Jika anda tidak mahu membuat kesilapan seperti menggunakan tulisan Comic Sans untuk syarikat anda, anda wajib menggunakan Wordmark untuk memilih tulisan yang sesuai untuk nama syarikat anda. 

Komen