BenQ Dikatakan Bakal Hadir Dengan Telefon Berspesifikasi Tinggi Pada MWC

BenQ Dikatakan Bakal Hadir Dengan Telefon Berspesifikasi Tinggi Pada MWC

Diterbitkan pada Feb 18, 2015 oleh .

BenQ merupakan salah satu pengeluar peranti dari Taiwan. Mereka telah mula memasarkan beberapa telefon pintar secara rasmi di Malaysia sejak tahun lepas, dan pada tahun ini, BenQ dilihat akan terus hadir dengan penawaran peranti menarik sepanjang tahun.

BenQ

BenQ sehingga kini memfokuskan kepada penawaran peranti berspesifikasi pertengahan, tetapi mereka turut dilihat ingin hadir dengan peranti berspesifikasi tinggi tidak lama lagi.

Mengikut desas-desus terkini, BenQ dikatakan bakal hadir dengan telefon pintar berasaskan Android dinamakan BenQ F52 yang akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 810, memori 3GB RAM dan juga grafik Adreno 430 GPU. Selain itu, telefon pintar ini dikatakan akan menggunakan skrin bersaiz 5.2-inci, dilengkapi kamera belakang 13-megapixel, serta sokongan rangkaian 4G LTE.

Sekiranya benar ia diumumkan pada MWC 2015, maka kami akan cuba membawakan pandang pertama untuk peranti berkenaan daripada acara tersebut kelak.


TIPS & ULASAN