Cari @ Amanz

Bersempena dengan Tahun Baru Cina hari ini, pihak Google turut sama telah mengemaskini laman utama mereka, dan menyertakan sebuah doodle khusus untuknya. Untuk tahun ini, Google menggunakan doodle berbentuk animasi, yang mana memaparkan seekor kambing dan juga letupan bunga api di bahagian latar.

Google CNY 2015

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Ini bukanlah kali pertama pihak Google hadir dengan sebuah doodle khusus. Sebelum ini mereka pernah hadir dengan sejumlah doodle memfokuskan perayaan tempatan, selain turut hadir dengan beberapa doodle meraikan beberapa tokoh tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd