Cari @ Amanz

Snapdragon 618Qualcomm mempunyai sejumlah penawaran cip pemprosesan untuk pengeluar peranti, dan kini mereka menambah penawaran cip pemprosesan mereka dibawah keluarga Snapdragon 600 dan juga Snapdragon 400. Empat buah cip baru diperkenalkan hari ini, iaitu Snapdragon 620, Snapdragon 618, Snapdragon 425 dan juga Snapdragon 415.

Snapdragon 620 dan juga Snapdragon 618 disasarkan untuk peranti berspesifikasi pertengahan. Snapdragon hadir dengan rekaan teras Cortex-A72 yang dikatakan lebih berkuasa berbanding sebelumnya, dan pada masa yang sama turut hadir dengan rekaan 64-bit.

Snapdragon 618 membawakan gabungan cip Cortex-A53 empat-teras dan Cortex-A72 dwi-teras, sementara Snapdragon 620 pula membawakan gabungan cip Cortex-A53 empat-teras dan Cortex-A72 empat-teras. Ia dilengkapi dengan GPU Adreno generasi baru, selain pada masa yang sama menyertakan sokongan LTE kategori 7 yang membawakan kelajuan muat-turun sehingga 300Mbps. Kedua-dua cip ini juga membawakan sokongan rakaman video 4K pada 30fps, ataupun 1080p pada 120fps.

Untuk Snapdragon 415 dan Snapdragon 425 pula, ia menggunakan gabungan dua cip empat-teras Cortex-A53. Ia turut dilengkapi dengan sokongan video 1080p, selain turut menyertakan sokongan rangkaian LTE kategori 7. Kedua-dua cip lapan teras ini turut dilengkapi dengan GPU Adreno 405.

Qualcomm menyasarkan cip ini hadir dengan peranti-peranti baru daripada pengeluar pada pertengahan kedua 2015 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd