Carian
Lenovo Vibe Shot – Telefon Memfokuskan Kamera Daripada Lenovo Bakal Diperkenalkan
February 19, 2015 Aman

Telefon dengan sokongan memfokuskan kepada kamera bukan sesuatu yang baru. Samsung mempunyai penawaran Samsung Galaxy K Zoom, Asus dengan Asus Zenfone Zoom, dan Nokia dengan Lumia 1020. Kini, Lenovo turut ingin menyertai arena sama dengan sebuah peranti baru dinamakan Lenovo Vibe Shot.

Lenovo Vibe Shot

Telefon pintar yang dijangka dilancarkan sekitar MWC 2015 oleh Lenovo ini tertiris kini di arena web, dijangka akan menyertakan sensor 16-megapixel dengan sokongan penstabilan imej optikal, serta dilengkapi sensor BSI. Kamera belakang yang menjadi fokus utama peranti ini turut dilengkapi dengan sokongan lampu LED Flash tiga tona untuk pencahayaan yang baik dan bersesuaian.

Dari segi spesifikasi lain, telefon pintar ini dijangka akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 615, skrin bersaiz 5-inci, dan memori sehingga 3GB RAM.

Lenovo Vibe Shot

Rekaan yang tertiris ini turut memperlihatkan ia akan menyertakan butang rakaman fizikal pada peranti berkenaan, selain menyertakan rekaan yang premium berasaskan logam.

Maklumat lanjut berkaitan Lenovo Vibe Shot ini masih tidak diketahui, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi.

Komen