iFixit Melancarkan Hab Untuk Panduan Membaiki Peranti Android

iFixit Melancarkan Hab Untuk Panduan Membaiki Peranti Android

Diterbitkan pada Feb 19, 2015 oleh .

Laman iFixit merupakan salah satu laman popular yang sering berkongsi mengenai hardware pada peranti, dan proses untuk menggantikannya. Aplikasi khusus untuknya telah pun diperkenalkan beberapa tahun lepas dalam mengikuti panduan, dan hari ini iFixit turut hadir dengan sebuah hab khusus memfokuskan peranti Android.

Seperti umum sedia maklum, berbeza dengan penawaran peranti Apple, terdapat ratusan peranti menggunakan platform Android. iFixit mengatakan mereka menyediakan panduan membaiki lebih kurang 252 peranti Android melalui hab berkenaan, termasuk jam tangan pintar dan juga tablet.

Android Repair

Menggunakannya, pengguna ditawarkan dengan tutorial bergambar untuk menggantikan atau membuka sesuatu hardware, sebagai contoh untuk menggantikan skrin.

Dengan perkembangan era internet, kini pengguna boleh mendapatkan hardware ganti dengan mudah melalui laman-laman seperti eBay. Menggunakan panduan ini, anda boleh menggantikan sesuatu bahagian yang rosak, dan mengurangkan kos yang diperlukan untuk membaiki sesuatu peranti.

iFixit sendiri menjual alat ganti untuk sesuatu peranti, selain turut sama menawarkan senarai alat yang diperlukan untuk membaik-pulih sesuatu bahagian, sebagai contoh skrin, bateri dan sebagainya.

iFixit Galaxy S5

Layari : Android Repair di iFixit


TIPS & ULASAN