Beam – Projektor Pintar Yang Disambung Terus Ke Soket Lampu Biasa

Beam – Projektor Pintar Yang Disambung Terus Ke Soket Lampu Biasa

Diterbitkan pada Feb 19, 2015 oleh .

Beam-smart-projector

Projektor ialah perkakas yang anda perlukan bagi mewujudkan panggung wayang sendiri di rumah. Malang sekali harga jualan projektor adalah sangat mahal. Beam ialah projektor pintar yang bukan sahaja lebih murah tetapi hanya perlu disambungkan kepada soket lampu biasa digunakan. Beam ialah sebuah projektor pintar yang boleh disambungkan ke mana-mana soket mentol di rumah anda. Ia diperkasakan pemproses 1.3 GHz dua teras dan muatan dalaman sebesar 8 Gigabyte. Beam memancarkan imej pada resolusi¬† 854×40 pixel dan menggunakan sistem operasi Android. Projektor pintar ini turut dilengkapi pembesar suara stereo. Dengan menggunakan aplikasi pintar Beam, ia boleh ditambatkan kepada peranti IOS dan Android anda. Secara teorinya Beam boleh disambungkan kepada lampu siling di dapur dan imej boleh dipancarkan ke atas meja dapur. Anda boleh menonton video masakan sambil memasak. Sisi Beam yang rata juga membolehkan ia digunakan sebagai projektor konvensional untuk menonton video di ruang tamu. Beam masih mengumpul dana bagi pengeluaran secara komersial. Harga jualan bermula dari $ 350 ( RM 1270) dan ini adalah jauh lebih murah dan kebanyakan projektor di pasaran.

 


TIPS & ULASAN