Cari @ Amanz

Samsung pada tahun lepas telah memperkenalkan sokongan pembayaran melalui telefon pintar melalui kerjasama bersama PayPal. Tahun ini, syarikat teknologi daripada Korea Selatan tersebut dilihat akan terus memfokuskan kepada sokongan pembayaran mudah-alih dengan lebih serius dan telah pun mengambil-alih salah satu syarikat yang memfokuskan industri tersebut, iaitu LoopPay.

LoopPay

LoopPay berfungsi dengan memerlukan pengguna memasukkan info pembayaran pada aplikasi. Seterusnya, pengguna akan memerlukan sebuah kerangka pelindung luar tambahan untuk peranti, dan menggunakannya penguna boleh membuat pembayaran dengan hanya tap pada terminal yang terdapat di beberapa kedai.

LoopPay dilihat hanya memfokuskan Amerika Syarikat buat masa ini, dan ia turut diiklankan sebagai pesaing Apple Pay di sana.

Pengambil-alihan ini akan memperlihatkan pengasas LoopPay menyertai bahagian Samsung Mobile, dan memfokuskan kepada pembangunan dompet digital di Samsung – serta bersaing terus dengan Apple Pay.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd