Cari @ Amanz

Microsoft telah mula memperkenalkan kemaskini Windows Phone terbaru dinamakan Lumia Denim kepada sejumlah peranti Lumia sebelum ini. Kini, kemaskini sama turut diperkenalkan kepada para pengguna telefon pintar Lumia yang hadir dengan sokongan rakaman PureView, iaitu Lumia 1020.

Lumia Denim membawakan beberapa penambah-baikkan pada peranti, termasuk beberapa fungsi yang mengkhususkan kepada kamera. Disamping itu, kemaskini ini turut memudahkan pengguna menyusun Tiles dalam bentuk folder dan meletakkannya pada skrin utama.

Selain daripada Lumia 1020, pengguna peranti Lumia 520, 525, 620, 720, 925, 930 dan juga Lumia 1520 turut telah menerima kemaskini ini yang membawakan pelbagai fungsi baru. Microsoft juga turut sama telah mula menawarkan versi pembangunan Windows 10 Technical Preview untuk beberapa peranti Lumia, dan versi stabilnya dijangka akan kelak hadir pada tahun ini.

Bagi anda yang menggunakan Lumia 1020, atau peranti Lumia lain yang telah menerima Lumia Denim, anda boleh memulakan proses kemaskini dengan ke halaman Settings dan memilih Phone Update.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd