Lenovo Vibe X3 Dijangka Bakal Diperkenalkan Pada MWC 2015

Lenovo Vibe X3 Dijangka Bakal Diperkenalkan Pada MWC 2015

Diterbitkan pada Feb 19, 2015 oleh .

Lenovo Vibe X2 telah dilancarkan di Malaysia pada bulan Disember lepas, selepas ia diperkenalkan di IFA 2014 pada bulan September 2014. Kini, pihak Lenovo nampaknya mengikut jejak Sony dalam memperkenalkan kemaskini peranti setiap enam bulan, dan kini telah pun bersedia dengan Lenovo Vibe X3.

Mengikut gambar tertiris baru, Lenovo dikatakan bakal memperkenalkan Lenovo Vibe X3 pada Mobile World Congress 2015 yang dijadualkan pada awal Mac ini. Melalui gambar yang tertiris, Lenovo seperti tidak lagi ingin menggunakan rekaan kerangka berlapis, sebaliknya hadir dengan rekaan baru untuk peranti mereka.

Lenovo Vibe X3 MWC 2015

Peranti baru ini masih mengekalkan rekaan premium, dan hadir dengan speaker pada bahagian hadapan, serta pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Mengikut desas-desus, Lenovo Vibe X3 bakal menyertakan skrin bersaiz 5.5-inci, kamera belakang 20-megapixel, dan turut hadir dengan sokongan HiFi 3.0.

Lenovo turut dijangka akan memperkenalkan sejumlah telefon pintar lain dibawah keluarga VIBE, termasuk VIBE S1 yang hadir dalam beberapa pilihan warna, VIBE P1, dan juga VIBE P1 Pro – selain VIBE Shot yang memfokuskan kepada fungsi kamera.

Lenovo Vibe X3 MWC 2015

Lenovo Vibe X3 MWC 2015


TIPS & ULASAN