Adobe Photoshop Kini Berusia 25 Tahun – Mari Lihat Demo Photoshop Versi Pertama

Adobe Photoshop Kini Berusia 25 Tahun – Mari Lihat Demo Photoshop Versi Pertama

Diterbitkan pada Feb 19, 2015 oleh .

Photoshop merupakan salah satu perisian penyutingan gambar yang popular diseluruh dunia, dan digunakan hampir oleh kebanyakkan pengguna yang terlibat dalam arena multimedia. Adobe hari ini menyambut ulang-tahun perisian Photoshop yang jatuh pada 19 Februari, dan pada tahun 2015 ini, ia telah 25 tahun sejak versi pertama untuknya diperkenalkan.

Menggunakan Photoshop, selain daripada hanya memudahkan kepada penyuntingan gambar dan grafik, ia juga turut membawa kepada penggunaan kreativiti dalam hadir dengan pelbagai hasil karya digital yang menarik oleh artis seluruh dunia.

Adobe sebelum ini telah membeli hak cipta Photoshop pada 1989, sebelum memperkenalkan versi pertama untuknya pada tahun 1990. Adobe kemudian memperluaskan sokongan perisian mereka kepada platform Windows pada tahun 1992 melalui versi Photoshop 2.5.

Pada tahun 1994, Photoshop 3.0 hadir dengan sokongan Layer, dan pada tahun 2000 pula, Adobe menambah sokongan vektor pada Photoshop 6.0.

Adobe kemudian memperkenalkan Creative Suite pada tahun 2003, dan menambah penawaran dengan Adobe Photoshop Lightroom pada tahun 2007. Adobe kemudian menambah sokongan Creative Cloud pada tahun 2013, serta menambah sokongan percetakkan 3D pada tahun 2014. Kini, pada tahun 2015, Adobe menyambut ulang-tahun Photoshop yang ke-25, dan semestinya mereka mempunyai pelbagai penawaran hebat yang dirancang untuk diperkenalkan pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN