Kini Anda Boleh Membeli Tiket Perlawanan Bola Sepak Pasukan Kelantan Secara Online

Kini Anda Boleh Membeli Tiket Perlawanan Bola Sepak Pasukan Kelantan Secara Online

Diterbitkan pada Feb 19, 2015 oleh .

Proses mendapatkan tiket untuk kebanyakkan perlawanan bola sepak boleh dikatakan agak sukar, apatah lagi turut hadir dengan masalah ulat tiket. Beberapa kaedah telah dicuba untuk mengatasinya, dan kini Persatuan Bola Sepak Kelantan hadir dengan sokongan pembelian tiket secara terus melalui web khusus.

Menggunakan web TicketNow, kini pengguna boleh mendapatkan tiket perlawanan pasukan bola sepak Kelantan FA, selain pada masa yang sama turut menyemak jadual perlawanan untuk pasukan tersebut. Pembelian melalui laman tersebut menggunakan kad debit atau kad kredit, dan pengguna perlu menyimpan resit untuk memungut tiket kelak.

RedWarrior KAFA

Pihak KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan) berharap agar perkara ini akan memudahkan lagi proses peminat untuk mendapatkan tiket untuk sesuatu perlawanan, disamping pada masa yang sama mengatasi masalah ulat tiket yang sering dihadapi ketika membelinya di stadium.

Layari : TicketNow


TIPS & ULASAN