Cari @ Amanz

BlackBerry hari ini telah memulakan pengenalan kemaskini BlackBerry OS 10.3.1 kepada semua pengguna peranti BlackBerry 10, sekaligus membolehkan pengguna peranti berkenaan menikmati dan menggunakan pelbagai fungsi baru yang disertakan, selain kemaskini antaramuka yang dibawakan oleh sistem operasi baru ini.

BlackBerry OS 10.3.1 ditawarkan untuk pengguna peranti BlackBerry Z30, Z3, Z10, Q10, Q5, dan juga BlackBerry Passport. Kemaskini ini akan menyeragamkan penawaran seperti mana yang terdapat pada BlackBerry Classic.

BlackBerry 10.3

BlackBerry 10.3

BlackBerry 10.3

BlackBerry 10.3

Melalui kemaskini baru ini, pihak BlackBerry mengemaskini sedikit paparan pada antaramuka dan ikon, selain pada masa yang sama menyertakan sokongan BlackBerry Assistant. BlackBerry Assistant ini membawakan fungsi pembantu digital, memudahkan pengguna membuat beberapa arahan menggunakan input suara atau teks.

Disamping itu, BlackBerry turut melengkapkan kemaskini ini dengan penyertaan Amazon AppStore, sekaligus memudahkan lagi pengguna BlackBerry memasang aplikasi Android pada peranti mereka.

Fungsi lain yang turut disertakan pada kemaskini kali ini adalah sokongan penjimatan bateri dengan Power Saving Mode, selain turut menyertakan fungsi rakaman gambar baru.

BlackBerry 10.3.1 turut menyertakan sokongan penggunaan bersama BlackBerry Blend untuk memudahkan pengguna mengakses kandungan pada peranti mereka terus pada komputer.

BlackBerry 10.3.1 akan diperkenalkan secara berperingkat ke seluruh dunia, dan ia akan hadir ke peranti anda tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd