Microsoft sering hadir dengan pelbagai promosi untuk OneDrive dalam usaha menarik lebih ramai pengguna untuk menggunakan storan awan daripada Microsoft tersebut. Terkini, hari ini Microsoft menawarkan ruangan storan tambahan sebanyak 100GB kepada pengguna OneDrive, sekiranya mereka mempunyai akaun Dropbox.
Untuk mendapatkannya, pengguna hanya perlu log masuk ke akaun OneDrive, dan kemudian turut log masuk ke akaun Dropbox. Anda akan diminta untuk menyimpan dokumen kecil daripada Microsoft yang memfokuskan kepada penggunaan OneDrive (yang mana anda boleh membuangnya kelak), sebagai tanda anda mempunyai akaun Dropbox.
Sebaik sahaja selesai, akaun OneDrive anda akan ditambah dengan ruangan storan percuma sebanyak 100GB. Namun, hendaklah diambil-perhatian yang storan percuma ini adalah hanya terhad untuk tempoh setahun sahaja.