Lenovo Sedang Menyiapkan Perisian Khusus Untuk Membuang Superfish Daripada Laptop

Lenovo Sedang Menyiapkan Perisian Khusus Untuk Membuang Superfish Daripada Laptop

Diterbitkan pada Feb 20, 2015 oleh .

Lanjutan daripada pelbagai komen pengguna dan mereka yang terlibat dalam arena sekuriti terhadap pemasangan terbina perisian Superfish pada komputer riba Lenovo, kini CTO Lenovo sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi melalui WSJ.

Menurut Lenovo, perisian Superfish pada asalnya dipasang dalam memudahkan pengguna menemui iklan ketika membuat carian untuk membeli-belah, tetapi tidak dijangka ia turut menyertakan kerentanan pada sekuriti.

Perisian ini dikatakan terpasang pada komputer riba Lenovo yang dijual antara bulan September hingga Disember lepas.

Menurut Lenovo, untuk mengatasi masalah ini, jurutera mereka kini sedang membangunkan sebuah perisian khas yang akan wipe keseluruhan perkara berkaitan Superfish ini daripada komputer riba pengguna. Lenovo mengatakan ia akan disiapkan tidak lama lagi, dan akan mula menawarkan kepada pengguna dalam masa terdekat.

Menggunakannya, pengguna boleh membuang pelbagai ancaman sekuriti berkaitan Superfish, malah perisian tersebut sendiri, sekaligus menjadikan komputer riba mereka lebih selamat.

Lenovo mengatakan ia akan ditawarkan dalam masa terdekat ini, dan mungkin kita akan dapat mendengar lanjut mengenai perisian tersebut tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN