Apple Dilaporkan Ingin Mengeluarkan Kereta Seawal Tahun 2020

Apple Dilaporkan Ingin Mengeluarkan Kereta Seawal Tahun 2020

Diterbitkan pada Feb 20, 2015 oleh .

Sejak seminggu dua yang lepas, kita sedia mendengar mengenai desas-desus mengatakan Apple akan menyertai arena automotif. Hari ini, pihak Bloomberg hadir dengan laporan mengatakan pengeluaran kenderaan elektrik oleh Apple akan dilakukan seawal tahun 2020 kelak.

Mengikut desas-desus sebelum ini, Apple dikatakan akan hadir dengan kenderaan elektrik menyaingi beberapa pengeluar lain seperti Tesla, dan pada masa yang sama turut dikatakan ingin membangunkan kenderaan yang dipandu automatik.

Pihak Apple masih tidak mengeluarkan sebarang komen buat masa ini. Namun, mengikut pelbagai laporan di industri, Apple dikatakan telah mula mendapatkan pakar dalam industri automotif, selain mengumpulkan tenaga kerja memfokuskan kepada pembangunan bateri kenderaan.

Dalam industri automotif sendiri, pelbagai pengeluar sedang memfokuskan kepada hadir dengan kenderaan elektrik, serta kenderaan yang dipandu automatik yang disasarkan hadir ke jalan raya sekitar tahun 2020 kelak. Mungkinkah kita turut akan melihat jenama kenderaan Apple dalam masa lebih kurang lima tahun lagi?


TIPS & ULASAN