Cari @ Amanz

Samsung boleh dikatakan agak pandai dalam memberikan teaser sekaligus membuatkan ramai yang ternanti-nanti apakah yang bakal diumumkan oleh mereka. Terkini, hari ini mereka turut telah menerbitkan sebuah lagi teaser baru memfokuskan kepada rekaan dan binaan peranti berkenaan.

Secara kasar, Samsung memberikan idea yang mana telefon pintar terbaru ini akan membawakan rekaan berasaskan logam – yang mana mungkin tidak mengejutkan ramai, memandangkan Galaxy Alpha dan Galaxy Note 4 telah menggunakannya.

Sebelum ini, Samsung telah memperlihatkan teaser berkaitan kuasa pemprosesan dan juga kamera pada peranti berkenaan.

Samsung bakal memperkenalkan telefon pintar Galaxy baru mereka pada 1 Mac kelak, dimana pada tarikh yang sama HTC turut menjadualkan acara pengumuman peranti mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd