Windows Defender Kini Membuang Adware Superfish Dalam Memastikan Sistem Komputer Anda Selamat

Windows Defender Kini Membuang Adware Superfish Dalam Memastikan Sistem Komputer Anda Selamat

Diterbitkan pada Feb 21, 2015 oleh .

Windows DefenderMicrosoft boleh dikatakan agak bergerak pantas dalam menawarkan pelbagai kemaskini sekuriti. Terkini, dalam masa 24 jam sejak masalah Superfish yang melibatkan Lenovo diperkatakan ramai, pihak Microsoft kini telah pun mula mengatasi ancaman berkenaan melalaui perisian Windows Defender.

Windows Defender merupakan perisian sekuriti yang hadir terbina pada komputer Windows. Ia berfungsi seumpama antivirus, dan ia turut memuat-turun data semasa daripada Microsoft berkaitan dengan spyware dan juga virus, sekaligus memastikan sistem pengguna selamat sentiasa.

Lenovo buat masa ini masih tidak mengeluarkan kemaskini untuk membuangnya, tetapi langkah Microsoft ini boleh dipuji dalam memastikan sistem operasi pengguna terus selamat daripada ancaman pihak ketiga.

Bagi anda yang mempunyai komputer riba Lenovo, anda boleh mengemaskini Windows Defender hari ini, dan membuat imbasan komputer anda dalam memastikan ia terus kekal selamat daripada ancaman Superfish ini.


TIPS & ULASAN