Cari @ Amanz

cradle-and-swingMenjadi ibu bapa memerlukan anda melakukan perubahan gaya hidup yang drastik. Jika dahulu saya boleh duduk bekerja sealam 8 jam di depan PC tanpa berhenti kini saya terpaksa bangun sejam sekali untuk melihat bayi yang duduk di ruang tamu. Kerap juga saya terfikir mengapa tidak ada buaian pintar yang boleh dikawal dengan peranti pintar? Bila bayi menangis tekan sahaja butang dan ia akan membuaikan bayi untuk tidur kembali. Nampaknya pihak Fisher Price menjawab persoalan saya dan 4-in-1 Smart Connect Cradle ’n Swing dihasilkan. Buaian pintar ini boleh membuaikan anak dengan 6 kelajuan berbeza dan pilihan 16 lagu. Kesemuanya dapat dikawal dengan menggunakan aplikasi peranti pintar. Selain daripada itu ibu bapa juga boleh mengawal pergerakan mainan yang dipasang pada bahagian asal Cradle ’n Swing. Jika anda mahu membuaikan anak secara manual ini juga boleh dilakukan dengan menanggalkan kerusi dan meletakkannya di atas lantai. Buat masa ini buaian pintar ini hanya menyokong peranti IOS dan Android. Sebuah lagi barangan pintar yang direka khas untuk ibu bapa yang malas terlalu sibuk untuk membuaikan anak mereka sehingga tidur.Cradle ’n Swing dijual pada harga $200 sebuah.

cradle-and-swing-7

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd