Tablet lukisan tablet ialah peranti yang harus dimiliki peminat grafik digital. Ia mempercepatkan proses melukis dan mewarna secara digital tanpa perlu melakukan imbasan lukisan yang dihasilkan pada kertas. Terdapat pelbagai jenis tablet di pasaran tetapi tablet keluaran Wacom adalah yang paling popular kerana mempunyai tahap kejituan tertinggi. Ianya juga tablet lukisan yang paling mahal contohnya seperti Wacom Cintiq. Astropad ialah aplikasi iPad dan Mac OS yang dengan mudah mengubah iPad anda menjadi sebuah tablet lukisan dengan fungsi sesentuh seperti Wacom Cintiq. Ia menyokong beberapa stylus yang ada di pasaran dan aplikasi grafik popular seperti Adobe Illustrator. Kepada mereka yang sudah mempunyai iPad ini adalah berita baik yang dinantikan. Berita buruk disini ialah buat masa ini Astropad hanya menyokong iPad dan Mac OS. Jika anda pengguna Windows anda harus menanti kerana masih tiada perancangan untuk membawanya ke platform ini. Kelebihan Astropad bagi kami ialah ia tidak memerlukan wayar seperti tablet grafik yang kami gunakan. Astropad boleh dicuba terlebih dahulu sekiranya anda mahu melihat sendiri kemampuannya. Jika ianya memuaskan anda boleh membeli perisian ini pada harga $49.99.
Astropad : Ubah iPad Anda Menjadi Tablet Lukisan Seakan Wacom
Kongsi
Komen ()
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd