Cari @ Amanz

Pada tahun lepas, beberapa minggu sebelum pengenalan HTC One M8, gambar rasminya tertiris ke arena web, dan kini sekali lagi beberapa gambar hadir dikatakan sebagai rekaan peranti HTC One M9 yang bakal diumumkan oleh pihak HTC pada 1 Mac kelak.

Melalui gambar yang hadir ke arena web ini, ia tidak membawakan perubahan yang besar berbanding dengan rekaan HTC One M8 sebelum ini. Daripada perubahan yang jelas nampak adalah perubahan butang kuasa ke bahagian tepi peranti, selain perubahan rekaan kamera belakang ke bentuk empat-segi berbanding bulat sebelum ini.

HTC One M9 Tertiris

HTC One M9 Tertiris

Dari segi spesfikasi, HTC One M9 dikatakan akan menggunakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080p, memori sebanyak 3GB RAM, cip pemprosesan Snapdragon 810 2.0Ghz, dan hadir dengan ruangan storan 32GB. Untuk kamera belakang, HTC dikatakan akan menggunakan kamera 20-megapixel, sementara kamera hadapan menggunakan teknologi HTC Ultrapixel. Ia bakal dilengkapi dengan Android 5.0 Lollipop dan juga HTC Sense 7.

Sebelum ini, beberapa desas-desus mengatakan HTC mungkin menggunakan rekaan kamera hadapan pada bahagian tengah, lebih kurang seperti Desire EYE, tetapi gambar tertiris ini memperlihatkan sebaliknya. Ia tidak diketahui lagi sama ada ini merupakan gambar betul ataupun sebaliknya.

Seperti biasa, segalanya akan terjawab pada 1 Mac ini, dan kami akan membawakan liputan langsung seperti biasa dari MWC 2015 kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd