Samsung Mengeluarkan Lebih Banyak Petanda Berkenaan Galaxy S6 – Speaker Hadapan Dan Tahan Lasak?

Samsung Mengeluarkan Lebih Banyak Petanda Berkenaan Galaxy S6 – Speaker Hadapan Dan Tahan Lasak?

Diterbitkan pada Feb 23, 2015 oleh .

Samsung Galaxy S6 boleh dikatakan antara peranti yang menjadi bualan ramai akhir-akhir ini, apatah lagi dengan Samsung sendiri yang mengeluarkan teaser baru hampir setiap hari untuk memastikan pengguna berbual mengenainya.

Terkini, melalui web Samsung Norway, pihak Samsung dilihat memberikan lebih banyak petanda berkaitan dengan peranti yang bakal diperkenalkan mereka pada 1 Mac kelak.

Tiga desas-desus diketengahkan melalui laman tersebut, dimana Samsung memperlihatkan mungkinkah Galaxy S6 membawakan sokongan speaker pada bahagian hadapan, membawakan ketahanan yang baik, serta dilengkapi dengan skrin pada bahagian tepi lebih kurang seperti Galaxy Note Edge.

Dengan pihak Samsung sendiri memainkan desas-desus ini pada halaman web rasmi mereka, maka tidak mustahil untuk kita melihat ia semua turut dibawakan pada Galaxy S6 kelak.

Samsung menjadualkan acara pengumuman peranti Galaxy baru mereka pada 1 Mac 2015, dimana ketika acara berkenaan, Samsung dijangka mengumumkan Galaxy S6 dan juga Galaxy S6 Edge. Kami seperti biasa akan membawakan kemaskini semasa daripada acara berkenaan.

The Next Galaxy

The Next Galaxy

The Next Galaxy


TIPS & ULASAN