Carian
OS X Dan iOS Dilaporkan Antara Sistem Operasi Dengan Kerentanan Yang Tinggi Sepanjang 2014
February 23, 2015 Aman

Setiap kali bercakap dengan masalah sekuriti dan kerentanan, sistem operasi Windows akan menjadi fokus ramai. Namun, kini melalui laporan yang dikeluarkan oleh GFI, ia dilihat Windows tidak lagi menduduki tangga teratas pada tahun 2014 yang lepas, sebaliknya sistem operasi OS X dan iOS menduduki tangga teratas.

Melalui laporan GFI, OS X dan iOS menduduki tangga teratas dengan masalah sekuriti yang dilabelkan sebagai amat tinggi, dan pertengahan, dan diikuti oleh Linux. Sistem operasi Windows milik Microsoft menduduki tangga-tangga seterusnya selepas itu.

Kerentaan 2014

Kerentaan 2014

Apa pun, hendaklah diambil perhatian yang mana versi untuk Windows diasingkan mengikut versi, dimana apabila digabungkan, angka kerentanannya melangkaui angka kerentanan yang dilaporkan untuk OS X dan iOS. GFI tidak menyebut apakah versi sistem operasi OS X yang terjejas – ataupun ia meliputi ke semua versi sistem operasi.

Selain daripada sistem operasi, laporan sama juga turut memfokuskan kepada aplikasi-aplikasi yang terjejas dengan kerentanan, dan menduduki tangga teratas adalah Internet Explorer.

Microsoft sendiri dilihat telah mula memberikan perhatian kepada perisian mereka, dan ingin membawa kepada sekuriti yang lebih baik pada Windows 10, selain turut memilih untuk gantikan Internet Explorer dengan pilihan pelayar web baru.

Dengan perkembangan arena internet dan dunia web, masalah sekuriti telah menjadi salah satu masalah utama. Pada minggu lepas sahaja, kita telah mendengar mengenai masalah adware Superfish yang disertakan oleh Lenovo pada komputer riba mereka. Namun, pihak Microsoft dilihat mengambil langkah pantas dengan menawarkan penyelesaian untuknya melalui Windows Defender dalam masa lebih kurang 24 jam.

Komen