Lebih Banyak Perisian Membawakan Ancaman Seumpama Superfish – Semak Komputer Anda Hari Ini

Lebih Banyak Perisian Membawakan Ancaman Seumpama Superfish – Semak Komputer Anda Hari Ini

Diterbitkan pada Feb 24, 2015 oleh .

Pada minggu lepas, ia telah diketengahkan berkenaan masalah adware Superfish yang menganggu perhubungan pengguna antara web. Ini telah memberikan kesan serius terhadap Lenovo memandangkan mereka menjual komputer riba yang hadir terpasang dengan perisian tersebut.

Namun, apa yang mengejutkan hari ini adalah ia didapati sejumlah perisian lain turut membawakan kesan serupa apabila digunakan – membolehkan ia membuat sambungan yang-dipercayai tersendiri, sekaligus membuatkan data anda terdedah kepada pihak ketiga.

Antara perisian yang dilihat terkesan buat masa ini adalah termasuk Comodo, Lavasoft dan sejumlah perisian lain. Perkara ini masih hangat dibincangkan, dan beberapa perisian baru telah ditambah ke senarainya buat masa ini.

Masalah Superfish sebelum ini ditemui apabila ia didapati membuat sijil palsu pada Windows, sekaligus memberikan ancaman pada segala pelayaran web HTTPS anda. Perisian ini dikenali sebagai adware, dimana ia melihat pelayaran anda, dan memasukkan iklan yang berkaitan padanya. Perkara ini termasuk ketika anda melayari beberapa laman peribadi, termasuk laman perbankan. Ini telah membawa kepada salah satu masalah serius besar yang hangat diperdebatkan.

Microsoft sebelum ini telah mengambil langkah pantas dengan memperkenalkan kemaskini kepada Windows Defender dan mengatasi masalah Superfish. Namun, untuk beberapa perisian baru ini, ia masih belum mengeluarkan kemaskini baru.

Bagi anda yang ingin menyemak sambungan anda sama ada terjejas atau sebaliknya, boleh ke laman Badfish dan menyemak sama ada komputer anda terjejas atau tidak.

Semak : Layari Badfish


TIPS & ULASAN