HTC Hadir Dengan Teaser Baru Memfokuskan Sokongan Boomsound Lebih Baik Pada One M9
HTC

HTC Hadir Dengan Teaser Baru Memfokuskan Sokongan Boomsound Lebih Baik Pada One M9

Diterbitkan pada Feb 24, 2015 oleh .

Dengan pelbagai teaser harian daripada Samsung, kini pihak HTC turut tidak ingin ketinggalan. HTC melalui salah satu akaun Twitter mereka, hari ini telah menerbitkan sebuah video, memperlihatkan fokus terhadap boomsound yang lebih baik dan besar pada peranti baru mereka.

HTC sebelum ini antara yang terawal memperkenalkan sokongan speaker pada bahagian hadapan peranti dalam membolehkan pengguna menikmati kualiti audio yang lebih baik ketika menonton video, mendengar lagu dan sebagainya. Ramai yang memuji kualiti yang ditawarkan oleh HTC berbanding dengan beberapa peranti lain di pasaran.

Teaser baru ini memberikan petanda yang mana HTC One M9 akan menawarkan kualiti audio yang lebih baik, sekaligus akan menarik minat lebih ramai pengguna yang inginkan peranti mudah-alih dengan kualiti audio baik.

HTC akan mengumumkan peranti baru mereka dalam tempoh 6 hari lagi, dan seperti biasa kami akan membawakan liputan semasa daripada acara berkenaan di MWC 2015.


TIPS & ULASAN