Lagi Gambar Teaser Galaxy S6 Hadir – Memperlihatkan Dari Bahagian Tepi

Lagi Gambar Teaser Galaxy S6 Hadir – Memperlihatkan Dari Bahagian Tepi

Diterbitkan pada Feb 24, 2015 oleh .

Samsung semestinya mengetahui cara untuk membuat teaser dengan cemerlang dalam arena web. Terkini, rakan kerjasama mereka, syarikat telekomunikasi T-Mobile telah pun menerbitkan halaman pra-daftar minat, dimana melaluinya mereka memperlihatkan rekaan bahagian tepi untuk telefon pintar terbaru daripada Samsung.

Samsung Galaxy S6

Samsung Six Appeal

Melalui gambar yang diperlihatkan, ia seperti memberikan idea untuk bahagian tepi yang sedikit melengkung, dan pada masa yang sama kelihatan seperti membawakan rekaan berasaskan logam.

Secara kasar, peranti ini seperti kelihatan amat cantik dari bahagian tepi, tetapi tidak lagi diketahui bagaimanakah ia akan kelihatan pada bahagian hadapan mahupun belakang.

Samsung menjadualkan acara 1 Mac untuk memperkenalkannya. Selain daripada rekaan fizikal peranti, Samsung juga dilaporkan bakal memperkenalkan versi TouchWiz yang lebih ringan pada telefon pintar tersebut kelak.


TIPS & ULASAN