Cari @ Amanz

Perlumbaan dalam arena realiti-maya kini boleh dikatakan disertai oleh pelbagai syarikat besar. Selain daripada Google, Samsung, Facebook dan Apple, kini Steam turut bakal memperlihatkan peranti mereka tersendiri pada minggu hadapan.

Steam bakal mempertontonkan peranti Steam VR mereka bersempena dengan GDC 2015 yang akan diadakan pada minggu hadapan, dan beberapa demonstrasi menggunakannya turut akan dipertontonkan.

Pihak Valve menyasarkan untuk menarik ramai penerbit mainan untuk hadir dengan kandungan untuk Steam VR ini, sekaligus memperllihatkan mereka ingin turut memfokuskan kepada penawaran kandungan permainan melalui peranti realiti-maya mereka.

Kita mungkin akan dapat mendengar lebih lanjut mengenai produk Valve ini pada GDC 2015 yang bakal diadakan antara 4 Mac hingga 6 Mac kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd