Cari @ Amanz

Acer merupakan salah satu jenama peranti terkemuka dari Taiwan, dimana mereka mempunyai penawaran komputer riba, tablet, dan juga telefon pintar. Buat masa ini, Acer hanya memasarkan peranti berasaskan Android sahaja, tetapi ia mungkin berubah tidak lama lagi.

Mengikut desas-desus awal, Acer dikatakan bakal hadir dengan telefon pintar berasaskan Windows pada acara MWC 2015 kelak. Spesifikasi dan sebagainya tidak diketahui lagi, tetapi ia dijangka akan menyokong Windows 10. Jikalau mengikut trend peranti Acer, kebanyakkannya membawakan spesifikasi pertengahan, dan mungkin ia turut dikekalkan pada telefon pintar Windows 10 ini.

Acer sehingga kini masih mengeluarkan sejumlah produk menggunakan sistem operasi Windows, termasuk penawaran tablet berharga murah mereka berasaskan kepada Windows 8.1. Maka, pengenalan telefon pintar Windows mungkin tidak akan mengejutkan ramai pihak.

Selain daripada telefon pintar Windows, Acer turut dijangka untuk mengumumkan sejumlah peranti Android lain, selain peranti boleh-pakai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd