GTA V Untuk PC Ditangguhkan Pelancaran Sekali Lagi – Kini Pada Bulan April

GTA V Untuk PC Ditangguhkan Pelancaran Sekali Lagi – Kini Pada Bulan April

Diterbitkan pada Feb 25, 2015 oleh .

Rockstar pada awalnya menyasarkan untuk memperkenalkan GTA untuk PC pada bulan Januari, sebelum menangguhkan ia ke bulan Mac untuk menawarkan resolusi gambar lebih baik. Kini, ia ditangguhkan sekali lagi, dan Rockstar mengatakan ia akan dijual dan ditawarkan dalam bentuk muat-turun digital pada 14 April kelak.

Rockstar mengatakan penangguhan ini untuk memastikan penawaran permainan mereka lebih baik, selain turut menawarkan sokongan GTA Online untuk pemain PC.

Pada pengumuman sama juga, pihak Rockstar mengumumkan GTA Online Heists akan ditawarkan kepada pengguna pada 10 Mac kelak. Melaluinya, ia akan membolehkan empat-orang pemain bekerjasama dan membuat beberapa misi khusus. Rockstar akan berkongsi lebih banyak perkara mengenainya dalam kemaskini akan datang.


TIPS & ULASAN