Cari @ Amanz

LG telah mengumumkan G Watch Urbane pada minggu lepas, sekaligus menjadikannya sebagai jam tangan pintar berasaskan Android Wear terbaru daripada syarikat Korea Selatan berkenaan. Kini, selang seminggu, mereka turut hadir dengan sebuah video khusus untuknya.

Melalui video ini, LG memperlihatkan dengan lebih dekat rekaan badan berasaskan logam dan beberapa rekaan premium yang dibawakan olehnya.

Jam tangan pintar ini dijangka akan membawakan harga yang lebih tinggi berbanding G Watch sebelum ini, apatah lagi dengan rekaan premiumnya. LG dijangka mempertontonkan jam tangan pintar terbaru daripada mereka ini bersama-sama dengan sejumlah telefon pintar berspesifikasi pertengahan pada acara MWC 2015 minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd