Mozilla Firefox 36 Sedia Dimuat-Turun – Hadir Dengan Sokongan Protokol HTTP/2

Mozilla Firefox 36 Sedia Dimuat-Turun – Hadir Dengan Sokongan Protokol HTTP/2

Diterbitkan pada Feb 25, 2015 oleh .

Selain daripada gajet, hari demi hari, teknologi disebalik dunia web juga turut berkembang pesat. Beberapa hari yang lepas, kami telah berkongsi mengenai piawaian HTTP/2 yang telah selesai dibangunkan, dan kini Mozilla mengumumkan Firefox 36 kini membawakan sokongan penuh untuk protokol HTTP/2 tersebut.

Melalui protokol HTTP/2 ini, ia membawakan pelayaran web yang lebih pantas dan responsif berbanding sedia ada. Tetapi, ia masih pada peringkat implementasi awal dan mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum digunakan secara meluas.

Disamping itu, melalui Firefox 36 juga, pihak Mozilla menyertakan sokongan untuk sync akan Pinned Tiles pada halaman tab baru.

Bagi anda yang menggunakan pelayar web Firefox, anda boleh mengemaskininya hari ini, ataupun memuat-turun ia secara terus daripada halaman rasmi Mozilla hari ini.

Muat-Turun Firefox 36 untuk desktop


TIPS & ULASAN