Xperia Z4 Tablet Tertiris Ke Arena Web

Xperia Z4 Tablet Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Feb 25, 2015 oleh .

Xperia Z4 TabletMWC 2015 akan berlangsung minggu hadapan dan semakin banyak peranti tertiris ke arena web seperti HTC One M9. Hari ini sebuah lagi peranti tertiris iaitu tablet Xperia Z4 Tablet. Dari segi rekaan ia menyamai rekaan premium Xperia Z3 yang muncul tahun lalu. Turut tertiris ialah skrin tablet yang menyokong resolusi QHD. Saiz skrin tidak diketahui lagi setakat ini tetapi mungkin lebih besar dari 8″ yang digunakan pada Xperia Z3 Tablet Compact. Seperti kesemua keluarga Xperia, tablet ini juga pasti mempunyai kemampuan kalis air dan debu. Adakah anda teruja dengan imej yang tertiris ini?

Selain tablet, Sony juga dijangka akan memperlihatkan Xperia Z4 di Barcelona. Jika ini benar rekaan akhir untuk Z4 Tablet maka bolehlah dirumuskan Z4 juga bakal mempunyai rekaan seperti di atas.

 

 


TIPS & ULASAN