Cari @ Amanz

MWC akan berlangsung minggu depan dan krew Amanz sedang dalam persiapan untuk pergi ke Barcelona. Selain dari kos penginapan yang tinggi kami juga risau dengan kos menggunakan data telefon ketika di luar negara. Kadar yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi Malaysia agak tinggi sekiranya anda ke Eropah. Hari ini Penerbangan Malaysia memperkenalkan perkhidmatan MHsim, perkhidmatan telekomunikasi pra bayar khas untuk pelanggan mereka ketika melancong ke luar negara. MHsim akan diberikan secara percuma kepada pelanggan MHinsure. Sekiranya anda membeli tiket daripada MAS akan juga akan ditawarkan pakej MHsim sekiranya berminat. Kelebihan yang boleh kami fikirkan sekarang ialah anda sudah mendapat kad SIM ketika di Malaysia lagi. Tidak perlu mencari kedai menjual kad SIM prabayar selepas tiba di destinasi. Menurut MAS, MHsim boleh digunakan di 190 buah negara dengan kadar panggilan bermula dari RM1.20 seminit dan kada data bermula dari 70 sen setiap Megabyte. MHsim juga memudahkan anda berhubung dengan wakil MAS di luar negara bagi mendapatkan bantuan teknikal.

MHsim-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd