Huawei Berkongsi Perancangan Rangkaian 4.5G – Memperlihatkan Smartband 4.5G

Huawei Berkongsi Perancangan Rangkaian 4.5G – Memperlihatkan Smartband 4.5G

Diterbitkan pada Feb 25, 2015 oleh .

Dengan pengenalan 4G yang telah dimulakan sejak dua tiga tahun lepas, kini pelbagai pembangun dalam industri telekomunikasi telah melihat kepada penawaran teknologi baru. Bersama-sama dengan perbincangan mengenai rangkaian 5G, turut menjadi bualan adalah berkenaan dengan rangkaian 4.5G.

Rangkaian 4.5G ini dilihat memfokuskan kepada era Gigabit, dan melaluinya pengguna dijangka boleh mengakses kandungan berdefinisi tinggi serta video dalam bentuk 3D mahupun holografik tanpa masalah. Rangkaian 4.5G ini dijangka akan digunakan secara komersialn bermula tahun 2016 kelak. Secara kasar, Huawei menyasarkan penawaran pada kadar latency dibawah 10ms, selain kadar muat-turun sehingga 6Gbps melaluinya.

Huawei 4.5G

Huawei turut berkongsi mengatakan ia turut akan membolehkan teknologi seperti kaca mata realiti-maya, headset realiti-maya, dan dron mengambil kelebihan teknologi ini dan menggunakan jalur-lebar yang diperlukan untuk beroperasi dan menawarkan pengalaman baik kepada pengguna.

Disamping itu, 4.5G juga turut dijangka menjadi titik tolak kepada IoT selular memandangkan 4.5G akan menggunakan tenaga operasi yang kecil serta liputan kawasan yang lebih luas.

Huawei menyasarkan rangkaian 4.5G akan memacu kepada pembangunan industri bermula tahun 2016 ini, sebelum rangkaian 5G digunakan. Sambil bercakap mengenai teknologi 4.5G, pihak Huawei turut mengambil peluang untuk memperkenalkan 4.5G Smartband daripada mereka, menjadikan ia sebagai gelang tangan pintar pertama dengan sokongan LTE-M. Maklumat lanjut mengenainya bakal diumumkan pada acara MWC 2015 minggu hadapan.


TIPS & ULASAN