Motorola Memperkenalkan Moto E Dengan Sokongan LTE Dan Penambah-Baikkan Spesifikasi

Motorola Memperkenalkan Moto E Dengan Sokongan LTE Dan Penambah-Baikkan Spesifikasi

Diterbitkan pada Feb 25, 2015 oleh .

Motorola telah memperkenalkan dan menjual Moto E di Malaysia pada tahun lepas, menjadikan ia sebagai salah satu telefon pintar pada harga rendah. Hari ini, Motorola yang kini dimiliki oleh Lenovo turut mengumumkan kemaskini untuknya, dan hadir dengan sokongan rangkaian LTE.

Moto E baru ini menggunakan skrin bersaiz 4.5-inci – bersaiz lebih besar berbanding sebelumnya, menggunakan cip pemprsesan 1.2Ghz empat-teras, kamera belakang 5-megapixel, dan turut hadir dengan sokongan kamera hadapan. Kamera belakang masih tidak membawakan sokonga LED Flash.

Moto E LTE 2015

Motorola Moto E LTE ini hadir menggunakan sistem operasi Android 5.0 Lollipop, dan menggunakan antaramuka asal Android tanpa sebarang penambahan – selain aplikasi Moto Migrate dan beberapa fungsi lain.

Motorola masih tidak mengeluarkan sebarang info berkenaan bilakah ia akan memasuki pasaran tempatan. Memandangkan ia memfokuskan negara-negara membangun, maka kita mungkin akan melihat ia di Malaysia dalam masa beberapa bulan lagi.

Moto E LTE 2015


TIPS & ULASAN