Skype 7.5 Untuk Mac Kini Hadir Dengan Sokongan Bahasa Malaysia

Skype 7.5 Untuk Mac Kini Hadir Dengan Sokongan Bahasa Malaysia

Diterbitkan pada Feb 26, 2015 oleh .

Skype merupakan salah satu aplikasi komunikasi yang digunakan ramai, terutamanya sekiranya ingin membuat panggilan video, mahupun panggilan suara. Microsoft sering memperkenalkan kemaskini untuk perkhidmatan tersebut, dan hari ini mereka telah menerbitkan Skype 7.5 untuk Mac.

Skype 7.5 untuk Mac ini membawakan kemaskini dari segi prestasi, termasuk penggunaan CPU yang rendah ketika menggunakan emoticons beranimasi, selain turut menjadikan perisian untuk Mac kini lebih stabil dan efisyen.

Dari segi sokongan baru, Skype untuk Mac kini menyertakan sokongan lebih kurang 14 bahasa baru, termasuk bahasa Malaysia.

Untuk mengubah bahasa, pengguna hanya perlu ke tetapan Tools, pilih penukaran bahasa, san memilih bahasa Malaysia untuk menetapkan penggunaan Skype dalam bahasa Malaysia pada Mac anda.

Untuk mereka yang menggunakan Mac, anda boleh memuat-turun Skype 7.5 hari ini, dan pastikan anda menggunakan Mac OS X 10.9 dan terkini untuk memasang Skype versi baru ini.

Muat-Turun Skype untuk Mac


TIPS & ULASAN