Aplikasi Peoples Sense Tempoh Hari Pada Windows Phone Dilancarkan Bawah Nama SquadWatch

Aplikasi Peoples Sense Tempoh Hari Pada Windows Phone Dilancarkan Bawah Nama SquadWatch

Diterbitkan pada Feb 26, 2015 oleh .

Beberapa hari yang lepas, sebuah video tertiris ke arena web, memperlihatkan sebuah aplikasi yang dinamakan sebagai People Sense untuk Windows Phone. Kini, aplikasi tersebut dilancarkan secara rasmi sebagai projek dibawah Microsoft Garage, dan menggunakan nama Squad Watch.

SquadWatch membolehkan penggu a berkongsi lokasi mereka dengan rakan-rakan lain untuk membolehkan mereka mengetahui bilakah anda akan tiba untuk menemui mereka atau mengetahui lokasi semasa anda dalam bentuk masa-nyata. Disamping itu, aplikasi sama turut boleh digunakan untuk berkomunikasi melalui sokongan permesejan terbina.

SquadWatch

Microsoft mengatakan SquadWatch untuk digunakan dikalangan rakan-rakan terdekat dan juga ahli keluarga, sekaligus memudahkan mereka mengetahui lokasi semasa dan apa yang anda lakukan dengan mudah.

Bagi anda yang menggunakan peranti Windows Phone, anda boleh memuat-turun Squad Watch ini hari ini secara percuma daripada Windows Phone Store.

Muat-Turun SquadWatch untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN