LG Watch Urbane Turut Hadir Dengan Variasi Sokongan LTE Dan NFC
LG

LG Watch Urbane Turut Hadir Dengan Variasi Sokongan LTE Dan NFC

Diterbitkan pada Feb 26, 2015 oleh .

LG Watch Urbane telah diperkenalkan oleh LG pada minggu lepas. Versi yang diperkenalkan ketika itu adalah versi menggunakan Android Wear dan berhubung ke peranti menggunakan Bluetooth. Terkini, pihak LG turut hadir dengan variasi lain untuk LG Watch Urbane iaitu versi dengan sokongan rangkaian LTE.

LG G Watch Urbane

LG menekankan jam tangan pintar ini sebagai jam tangan pintar pertama dengan sokongan rangkaian LTE, dan untuk menjayakan ia, pihak LG menggunakan variasi sistem operasi tersendiri, dan bukannya Android Wear. LG Watch Urbane LTE ini masih terhad untuk dihubungkan ke peranti Android sahaja, selain boleh beroperasi secara sendiri.

LG G Watch Urbane ini hadir dengan sokongan rangkaian LTE, integrasi NFC untuk pembayaran, selain tuurt hadir dengan sensor GPS dan juga untuk tujuan kecergasan. Jam tangan pintar ini hadir dengan bateri berkapasiti 700mAh berbanding hanya 410mAh pada vesi biasa.

LG dijangka akan mempertontonkan jam tangan pintar LG G Watch Urbane ini pada Mobile WOrld Congress minggu hadapan.


TIPS & ULASAN