Carian
Acer Mengesahkan Akan Memperkenalkan Telefon Pintar Dan Peranti Boleh-Pakai Pada MWC 2015
February 26, 2015 Aman

Acer hari ini melalui teaser yang diterbitkan di Facebook mengesahkan mereka akan memperkenalkan telefon pintar baru dan juga peranti boleh pakai baru pada Mobile World Congress 2015 yang bakal diadakan pada minggu hadapan.

Melalui gambar teaser yang diperlihatkan, mereka menunjukkan bahagian kamera dan juga bahagian tepi peranti yang kelihatan lebih cantik dan ditujukan kepada mereka yang gemarkan peranti dengan rekaan fesyen menarik.

Acer MWC 2015

Acer sebelum ini telah diura-ura akan memperkenalkan telefon pintar berasaskan Windows Phone pada acara berkenaan, selain telefon Android.

Kami akan membawakan liputan langsung daripada pengenalan produk Acer ini pada awal minggu hadapan bersempena dengan Mobile World Congress 2015.

Komen