Telegram Menambah Kata Laluan Untuk Melindungi Chat, Dan Sokongan Penyunting Gambar

Telegram Menambah Kata Laluan Untuk Melindungi Chat, Dan Sokongan Penyunting Gambar

Diterbitkan pada Feb 26, 2015 oleh .

Telegram merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang boleh dikatakan menyaingi WhatsApp. Mereka telah memperkenalkan sejumlah fungsi baru pada perkhidmatan mereka sebelum ini, dan hari ini Telegram turut menambah dua lagi sokongan baru dalam menjadikan perkhidmatan mereka menarik.

Telegram Passcode

Yang pertama adalah fungsi dinamakan sebagai Passcode. Menggunakannya, pengguna boleh menetapkan kata laluan khusus untuk aplikasi, dan ia akan diperlukan untuk mengakses aplikasi dan mengelak daripada orang lain membaca mesej-mesej sulit anda. Sekiranya terlupa kata laluan, anda akan diminta untuk memadam aplikasi dan memasangnya semula – sekaligus membuatkan semua mesej dibawah Secret Chat terpadam.

Telegram Editor

Disamping itu, Telegram turut menambah fungsi penyuntingan gambar untuk anda menyunting gambar dan menambah efek terlebih dahulu sebelum berkongsi dengan pengguna lain.

Bagi menikmati fungsi baru ini, anda boleh mengemaskini aplikasi anda di Android atau iOS, dan menikmatinya hari ini dalam menjadikan permesejan anda lebih selamat dan menarik.

Muat-Turun Telegram


TIPS & ULASAN