Cari @ Amanz

WhatsApp sebelum ini telah memperkenalkan fungsi permesejan melalui pelayar web, dinamakan sebagai WhatsApp Web. Ketika pengenalan, ia hanya terhad untuk Chrome sahaja, tetapi melalui kemaskini yang dilakukan oleh pihak WhatsApp, ia turut telah menyokong pelayar web Firefox dan juga Opera.

WhatsApp Web

Menggunakan WhatsApp Web, pengguna akan diperlukan untuk mengimbas kod QR menggunakan aplikasi WhatsApp pada telefon pintar, dan seterusnya ia akan log masuk ke akaun WhatsApp Web secara automatik. Seterusnya, pengguna boleh mengikuti mesej dan membalas kepada rakan-rakan terus menggunakan pelayar web.

Pengenalan kepada pengguna Firefox dan Opera ini sekaligus memperluaskan angka pengguna perkhidmatan tersebut kepada lebih ramai. Buat masa ini, ia masih tidak menyokong Internet Explorer, dan beberapa pelayar web yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd