HTC Bakal Siarkan Pengumuman MWC 2015 Secara Langsung Melalui Web
HTC

HTC Bakal Siarkan Pengumuman MWC 2015 Secara Langsung Melalui Web

Diterbitkan pada Feb 26, 2015 oleh .

Telah menjadi kebiasaan untuk beberapa syarikat gergasi mempertontonkan pengumuman produk baru mereka secara langsung melalui web, dan kini HTC dengan pengumuman One M9 yang semakin hampir turut mengumumkan mereka bakal menyiarkan pengumuman rasmi mereka secara langsung melalui web.

HTC Live Stream

Untuk pengumuman HTC, mereka akan memulakannya pada 1 Mac 2015 ini, pada pukul 11 malam waktu Malaysia.

Mengikut beberapa gambar yang tertiris sebelum ini, kita dapat lihat HTC akan memperkenalkan HTC One M9, dan mereka turut dijangka akan mempunyai beberapa kejutan pada acara berkenaan.

Kami di Amanz akan membawakan liputan langsung untuk anda daripada pengumuman tersebut kelak.

Layari : HTC Live Stream


TIPS & ULASAN