Apple Menjadualkan Acara Media Pada 9 Mac – Apple Watch?

Apple Menjadualkan Acara Media Pada 9 Mac – Apple Watch?

Diterbitkan pada Feb 27, 2015 oleh .

Apple hari ini telah mula menghantar emel jemputan kepada media antarabangsa, bagi sebuah acara khusus yang dijadualkan pada 9 Mac kelak di San Francisco, Amerika Syarikat. Tiada sebarang petanda yang diberikan berkenaan produk yang bakal dilancarkan, tetapi kita mungkin akan dapat melihat pelancaran rasmi Apple Watch.

Apple Spring Forward

Jam tangan pintar Apple Watch telah diumumkan oleh Apple pada tahun lepas, tetapi ia hanya sekadar pengenalan dan membolehkan pada pembangun bersedia dengan aplikasi mereka. Tim Cook sebelum ini telah mengatakan ia akan dijual sekitar Mac atau April, dan tarikh 9 Mac ini memberikan petanda untuk acara berkenaan.

Selain daripada itu, beberapa desas-desus telah sedia kedengaran sebelum ini berkaitan iPad khusus untuk golongan profesional, tetapi tidak diketahui lagi sama ada ia akan dilancarkan pada acara sama ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN