Apple Menawarkan iWork Versi Web Kepada Semua Pengguna – Walau Tiada Peranti Apple

Apple Menawarkan iWork Versi Web Kepada Semua Pengguna – Walau Tiada Peranti Apple

Diterbitkan pada Feb 27, 2015 oleh .

Apple telah menguji penawaran perisian pejabat mereka melalui pelayar web, dinamakan sebagai “iWork for iCloud” dalam bentuk beta sejak beberapa bulan lepas. Ia berfungsi dengan menggunakan Apple ID, dan pengguna boleh menggunakan beberapa aplikasi versi web termasuk Keynote, Pages, dan juga Numbers.

Hari ini, Apple yang sering mengawal ekosistem mereka dengan penawaran kepada pengguna produk Apple sahaja dilihat memperluaskan penawaran kepada umum. Kini, sesiapa sahaja boleh mendaftarkan akaun Apple ID dan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di iCloud.

iCloud Beta

Pengguna boleh mengakses Pages, Numbers, dan Keynote melalui pelayar web, selain turut hadir dengan ruangan storan percuma 1GB untuk menyimpan sebarang dokumen yang dibuat oleh anda.

iCloud.com menyokong pelayar web Safari, Firefox, Chrome dan juga Internet Explorer – sekaligus membolehkan sejumlah besar pengguna menggunakannya tanpa masalah.

Namun, sekiranya anda ingin menggunakan fungsi penuh yang ditawarkan oleh iCloud, anda perlu mempunyai peranti iOS atau Mac, dimana melaluinya selain daripada fungsi penuh, anda turut akan menerima ruangan percuma iCloud sebesar 5GB.

Layari : iCloud.com


TIPS & ULASAN