Celcom Hadir Dengan Promosi Menarik Bersempena Perayaan Tahun Baru Cina

Celcom Hadir Dengan Promosi Menarik Bersempena Perayaan Tahun Baru Cina

Diterbitkan pada Mac 2, 2015 oleh .

Tahun Baru Cina telah disambut pada minggu lepas, dan bersempena dengannya, Celcom kini turut menawarkan sejumlah peranti pada harga promosi hebat melalui langganan pakej mereka. Antara peranti yang ditawarkan dibawah pakej mereka adalah termasuk Xiaomi Redmi Note 4G, Galaxy Note 4, BlackBerry Passport, Sony Xperia Z3, Oppo Find 7, dan juga Oppo Neo 5.

Celcom CNY 2015

Menariknya peranti yang ditawarkan melalui pakej mereka turut membawakan harga yang rendah, seperti Xiaomi Redmi Note 4G yang bernilai RM88 berbanding harga asalnya RM589, dan Galaxy Note 4 yang ditawarkan pada harga RM1088, berbanding harga asal RM 2499.

Setiap peranti hadir dengan langganan pelan FIRST daripada Celcom yang baru. Pelan baru ini hadir dengan OPTIMISTER dimana ia mengoptimasikan pelan berdasarkan penggunaan – sama ada anda lebih menggunakan data ataupun panggilan serta SMS.

Untuk dapatkan peranti ini hari ini, anda hanya perlu ke sebarang Blue Cube berdekatan dan mendapatkannya di sana. Ataupun terlebih dahulu, anda boleh menyemak penawaran yang dibawakan oleh Celcom bersempena Tahun Baru Cina ini melalui laman khas yang disediakan mereka.

Layari : Celcom CNY 2015

Penafian: Advertorial dari Celcom


TIPS & ULASAN