Gambar Samsung Galaxy S6 Dan Galaxy S6 Edge Tertiris Lagi Sekali – Memperlihatkan Skrin Hadapan

Gambar Samsung Galaxy S6 Dan Galaxy S6 Edge Tertiris Lagi Sekali – Memperlihatkan Skrin Hadapan

Diterbitkan pada Feb 27, 2015 oleh .

Samsung telah memperlihatkan beberapa gambar teaser sebelum ini, dan hari ini sebuah gambar baru hadir memperlihatkan bahagian hadapan untuk Samsung Galaxy S6 dan juga Samsung Galaxy S6 Edge.

Gambar baru yang tertiris ini hadir daripada bahan promosi untuk syarikat telekomunikasi di Amerika Syarikat, iaitu Sprint. Sebelum ini, mereka telah memperlihatkan bahagian tepi peranti berkenaan dengan slogan sama -“Six Appeal”, dan gambar baru ini turut menggunakan slogan yang sama.

Samsung Six Appeal

Daripada gambar yang tertiris ini juga ia memperlihatkan bahagian tepi melengkung pada siri Edge ini tidak seperti pada Note Edge.

Samsung bakal mengumumkan telefon pintar baru ini pada 1 Mac kelak, dan seperti biasa kami akan membawakan liputan langsung daripada acara berkenaan pada hari tersebut.

Samsung Galaxy S6


TIPS & ULASAN